Saturday 10 November 2012

HI GUYS

HI SELAMAT BERCUTI TAPI JANGAN LUPA TAHUN DEPAN !!!!!!!!!!!! :)

Friday 12 October 2012

Karangan Catatan



Karangan Catatan : Berkelah

             

10 April 2006

8 : 00 pagi
Aku dan kawan-kawan berkumpul di hadapan sekolah . Kami akan pergi berkelah di tepi pantai . Dua orang guru mengiringi kami . Aku membawa mi goreng sebagai bekalan .


9:45 pagi
Bas yang kami naiki tiba di pantai . Cikgu Nurul menasihati kami supaya tidak berpecah dan sentiasa berhati- hati . Kami membentang tikar di satu tempat dan meletakkan barang-barang kami di situ .

10:00 pagi
Aku dan kawan-kawan mandi-manda dan bermain pasir . Cikgu Nurul mengajak kami bertanding untuk membina istana pasir . Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan .

11:00 pagi
Kami berhenti rehat dan makan bekalan yang dibawa. Selepas itu , kami menyambung semula membina istana pasir .

11:30 pagi
Pasukkanku diisytiharkan sebagai pemenang . Kami menerima berupa buku cerita daripada Cikgu Siti .

12:00 tengah hari
Kami berkemas - kemas lalu bertolak pulang . Aku berasa sungguh gembira . Aku pun menceritakan pengalaman kami di sana kepada ibu bapaku .